Apa itu TIROIDOLGI INTERVENSI ? Tiroidologi intervensi adalah antara bidang yang terkini, melibatkan prosedur menggunakan tusukan melalui kulit (“percutaneous) berpandukan pengimejan secara siaran langsung untuk merawat penyakit tiroid. Tiroidologi intervensi menggunakan teknik yang kurang invasif, sering kali memerlukan jarum saiz halus, berbanding dengan kaedah pembedahan yang biasanya digunakan untuk merawat keadaan ini. Prosedur yang paling kerap dilakukan termasuk ablasi suntikan etanol (precutaneous ethanol injection PEI) berpandukan ultrasound dan ablasi frekuensi radio berpandukan ultrasound (radiofrequency ablation RFA) untuk penyakit tiroid yang khusus.
Oleh kerana kami menangani banyak kaedah rawatan untuk penyakit tiroid yang berlainan, kami juga dapat mencadangkan, tanpa konflik kepentingan, pilihan rawatan alternatif untuk anda, dari pilihan konservatif (pemantauan, tunggu dan lihat), pengecutan hingga penyingkiran/reseksi benjolan. Kami akan menilai setiap pesakit secara tersendiri untuk diagnosis dan kaedah rawatan khusus untuk kes anda, dengan harapan mendapat hasil terbaik dalam setiap kes. KOMITMEN KEPADA KESEJAHTERAAN ANDA..
Apa itu Ablasi PERCUTANEOUS ETHANOL INJECTION (PEI) benjolan tiroid ? Banyak benjolan kelenjar tiroid adalah ‘cyst’ iaitu jenis dipenuhi dengan cecair. Ultrasound membenarkan pengkajian sifat sebenar kandungan benjolan tersebut. Kandungan ‘cyst’ dapat disedut melalui jarum halus sehingga menyebabkan benjolan menjadi lebih kecil (proses pengecutan “decompression”) walaupun kejayaan proses ini sangat bergantung pada kelikatan kandungan bendalir. Sekiranya cukup berair sehingga dapat disedut melalui jarum, maka penyahmampatan dapat dicapai. Pilihan rawatan untuk nodul ‘cyst’ berisi bendalir (sebahagian besar atau kesemuanya) yang bersimptom termasuk sedutan/aspirasi jarum, teknik invasif minimum seperti suntikan etanol melalui kulit (PEI) selain pembedahan. Kajian biopsi atau sitologi sebelum itu adalah wajib untuk membuktikan sifat nodul yang bukan kanser. Dengan PEI di bawah panduan ultrasound, etanol mengakibatkan kerosakan tisu kekal dengan kematian sel, penebalan/pemparutan (fibrosis) dan penyumbatan saluran darah dinding benjolan ‘cyst’ berikutnya.
An ideal case for PEI : a cystic thyroid nodule that can be aspirated (cyst content as on the left pic)
Apa itu Ablasi Frekuensi Radio RADIOFREQUENCY ABLATION (RFA) benjolan tiroid? Memperkenalkan kaedah rawatan yang antara terkini untuk benjolan/nodul tiroid (“thyroid nodules”), ablasi frekuensi radio - Radiofrequency Ablation (RFA). Teknik ini telah diluluskan oleh FDA US. Sedikit sebanyak penerangan tentang benjolan/nodul tiroid, kesannya, peranan biopsy berpandukan ultrasound (ultrasound-guided Fine Needle Aspiration Cytology (FNAC)/biopsy”), faedah dan kekurangan prosedur RFA ini. Kelenjar tiroid adalah organ penting di leher yang menghasilkan hormon yang mengawal banyak fungsi tubuh. Ia berbentuk rama-rama yang mempunyai bahagian (“lobes”) kanan dan kiri Walau bagaimanapun, kelenjar tiroid kerap mempunyai benjolan di dalamnya yang mungkin akan membesar. Benjolan mungkin padat/keras (“solid”) atau berisi cecair (“cyst”) atau campuran kedua-duanya. Mereka biasanya bukan barah walaupun boleh berlaku jarang-jarang sekali. Masalah dengan nodul: 1. Membesar dan mungkin kelihatan jelas pada penampilan, menyebabkan masalah kosmetik. 2. Menekan/menghimpit struktur sekeliling menyebabkan kesukaran bernafas dan / atau menelan 3. Menghasilkan hormon berlebihan yang menyebabkan ketidakseimbangan hormon tiroid (biasanya hipertiroidisme, jarang-jarang hipotiroidisme) Pembedahan ablasi frekuensi radio (RFA) adalah kaedah invasive-minima (melalui laluan hirisan 1mm kulit) menggunakan tenaga suhu rendah yang dihantar melalui “probe” yang diarahkan di bawah panduan ultrasound 'siaran langsung' ke nodul tiroid, menyebabkan kematian sel dan penyusutan benjolan. Penggunaan utama adalah untuk benjolan tiroid (lebih-lebih lagi jenis yang terjadi di kedua-dua belah kelenjar tiroid) yang kelihatan besar (mungkin atau mungkin tidak menyebabkan gejala mampatan) atau nodul hiperfungsi yang menyebabkan hipertiroidisme. Kaedah RFA paling bermanfaat untuk pesakit yang mempunyai benjolan bersaiz sederhana dikedua-dua belah bahagian thyroid dimana pembedahan pembuangan tiroid (total thyroidectomy) biasanya disyorkan dahulu sebelum teknologi RFA ini ditemui dan dipergunakan. Penggunaan dalam barah tiroid atau kes kelenjar limfa leher metastatik (“metastatic lymph node”, iaitu pembesaran kelenjar limfa sebab perebakan sel kanser dari organ lain) tidak digalakkan sebagai rawatan namun boleh dipertimbangkan secara khusus selepas perbincangan Apa kelebihan RADIOFREQUENCY ABLATION (RFA) benjolan tiroid ? Kelebihan RFA : Boleh dilakukan di bawah anestesia setempat (“local anesthesia”) , mengurangkan risiko anestesia am (“general anesthesia”) - mungkin pilihan yang lebih selamat terutamanya bagi pesakit dengan pelbagai penyakit perubatan yang terdedah kepada risiko pembedahan seperti diabetes, kegagalan jantung yang teruk Biasanya dilakukan sebagai prosedur jagaan harian (kemasukan wad untuk 6 jam) Kesan sampingan seperti kecederaan saraf pita suara yang jauh lebih rendah, dan tidak ada risiko hipokalsemia berbanding dengan pembedahan penyingkiran keseluruhan benjolan tersebut (“resection”) Boleh diulang beberapa bulan kemudian untuk kesan pengecutan tambahan (hanya jika perlu sahaja). Dapat mengecilkan nodul secara berkesan ke ukuran yang lebih kecil dan kurang jelas Tidak menghalang peluang untuk pembedahan reseksi di masa depan (jika pesakit akhirnya memerlukan / meminta reseksi nodul secara keseluruhan) Perlindungan disediakan untuk pemegang polisi insurans perubatan Mungkin lebih murah daripada pembedahan reseksi Apa kekurangan RADIOFREQUENCY ABLATION (RFA) benjolan tiroid ? Kekurangan RFA : Semua pembedahan tiroid mempunyai risiko pendarahan, kecederaan saraf pita suara, kecederaan struktur persekitaran walaupun untuk RFA, risiko ini adalah jauh lebih rendah Nodul tetap ada walaupun kecil maka RFA bukan penyingkiran nodul yang sebenarnya melainkan untuk mengecilkan nodul yang kelihatan besar atau untuk mengurangkan hiperfungsinya. Oleh itu tiroid yang terlalu besar atau yang mempunyai kesan penghimpitan mungkin bukan calon pesakit yang sesuai.
An ideal case for RFA : bilateral solid/amost solid thyroid nodule in the right lobe(left pic) and left lobe  (right pic) Thyroid swelling in different shapes and sizes (L-R): Small colloid cyst, large colloid cyst and a multinodular thyroid mass (goitre)  © Vincent Tan ENT © Vincent Tan ENT Ultrasound-guided Fine-needle aspiration cytology (FNAC) of a thyroid gland mass (red arrow) Ultrasound-guidance showing the tip of the needle (red arrow) in the mass in question confirming accurate targeting Ultrasound-guidance showing the shaft of the needle (red arrow) in the mass in question confirming accurate targeting Tiroidologi    Intervensi
Language/语文 :
DOWNLOAD OUR CONTACT DETAILS:
ENTdrvincenttan@gmail.com
+603-3377 7864 +6012-3760 728
Vincent Ear, Nose, Throat, Head and Neck Surgery Specialist Clinic, Clinic Suite 210, Level 2, KPJ Klang Specialist Hospital No.102, Persiaran Rajawali/KU 1, Bandar Baru Klang, 41150 Klang, Selangor
Mon-Fri: 9am-5pm Sat: 9am-1230pm
vincentENTHNS
3.062578,101.46332 (Google Maps, Waze: KPJ Klang, Vincent ENT)
CONTACT US
CLINIC HOURS:
Vincent ENT Clinic
vincententhns
Copyright Dr.Vincent Tan 2021
INTERVENTIONAL thyroidology
VINCENT
Ear, Nose and Throat (ENT), Thyroid, Head and Neck
Biopsy & Surgery Specialist Clinic
Committed to YOUR Well-being
Tiroidologi    Intervensi
Language/语文 :
Oleh kerana kami menangani banyak kaedah rawatan untuk penyakit tiroid yang berlainan, kami juga dapat mencadangkan, tanpa konflik kepentingan, pilihan rawatan alternatif untuk anda, dari pilihan konservatif (pemantauan, tunggu dan lihat), pengecutan hingga penyingkiran/reseksi benjolan. Kami akan menilai setiap pesakit secara tersendiri untuk diagnosis dan kaedah rawatan khusus untuk kes anda, dengan harapan mendapat hasil terbaik dalam setiap kes. KOMITMEN KEPADA KESEJAHTERAAN ANDA..
Apa itu Ablasi PERCUTANEOUS ETHANOL INJECTION (PEI) benjolan tiroid ? Banyak benjolan kelenjar tiroid adalah ‘cyst’ iaitu jenis dipenuhi dengan cecair. Ultrasound membenarkan pengkajian sifat sebenar kandungan benjolan tersebut. Kandungan ‘cyst’ dapat disedut melalui jarum halus sehingga menyebabkan benjolan menjadi lebih kecil (proses pengecutan “decompression”) walaupun kejayaan proses ini sangat bergantung pada kelikatan kandungan bendalir. Sekiranya cukup berair sehingga dapat disedut melalui jarum, maka penyahmampatan dapat dicapai. Pilihan rawatan untuk nodul ‘cyst’ berisi bendalir (sebahagian besar atau kesemuanya) yang bersimptom termasuk sedutan/aspirasi jarum, teknik invasif minimum seperti suntikan etanol melalui kulit (PEI) selain pembedahan. Kajian biopsi atau sitologi sebelum itu adalah wajib untuk membuktikan sifat nodul yang bukan kanser. Dengan PEI di bawah panduan ultrasound, etanol mengakibatkan kerosakan tisu kekal dengan kematian sel, penebalan/pemparutan (fibrosis) dan penyumbatan saluran darah dinding benjolan ‘cyst’ berikutnya.
An ideal case for PEI : a cystic thyroid nodule that can be aspirated (cyst content as on the left pic)
Apa itu TIROIDOLOGI INTERVENSI ? Tiroidologi intervensi adalah antara bidang yang terkini, melibatkan prosedur menggunakan tusukan melalui kulit (“percutaneous) berpandukan pengimejan secara siaran langsung untuk merawat penyakit tiroid. Tiroidologi intervensi menggunakan teknik yang kurang invasif, sering kali memerlukan jarum saiz halus, berbanding dengan kaedah pembedahan yang biasanya digunakan untuk merawat keadaan ini. Prosedur yang paling kerap dilakukan termasuk ablasi suntikan etanol (precutaneous ethanol injection PEI) berpandukan ultrasound dan ablasi frekuensi radio berpandukan ultrasound (radiofrequency ablation RFA) untuk penyakit tiroid yang khusus.
Thyroid swelling in different shapes and sizes (L-R): Small colloid cyst, large colloid cyst and a multinodular thyroid mass (goitre)  © Vincent Tan ENT
Apa itu Ablasi Frekuensi Radio RADIOFREQUENCY ABLATION (RFA) benjolan tiroid? Memperkenalkan kaedah rawatan yang antara terkini untuk benjolan/nodul tiroid (“thyroid nodules”), ablasi frekuensi radio - Radiofrequency Ablation (RFA). Teknik ini telah diluluskan oleh FDA US. Sedikit sebanyak penerangan tentang benjolan/nodul tiroid, kesannya, peranan biopsy berpandukan ultrasound (ultrasound-guided Fine Needle Aspiration Cytology (FNAC)/biopsy”), faedah dan kekurangan prosedur RFA ini. Kelenjar tiroid adalah organ penting di leher yang menghasilkan hormon yang mengawal banyak fungsi tubuh. Ia berbentuk rama-rama yang mempunyai bahagian (“lobes”) kanan dan kiri Walau bagaimanapun, kelenjar tiroid kerap mempunyai benjolan di dalamnya yang mungkin akan membesar. Benjolan mungkin padat/keras (“solid”) atau berisi cecair (“cyst”) atau campuran kedua- duanya. Mereka biasanya bukan barah walaupun boleh berlaku jarang-jarang sekali. Masalah dengan nodul: 1. Membesar dan mungkin kelihatan jelas pada penampilan, menyebabkan masalah kosmetik. 2. Menekan/menghimpit struktur sekeliling menyebabkan kesukaran bernafas dan / atau menelan 3. Menghasilkan hormon berlebihan yang menyebabkan ketidakseimbangan hormon tiroid (biasanya hipertiroidisme, jarang-jarang hipotiroidisme) Pembedahan ablasi frekuensi radio (RFA) adalah kaedah invasive- minima (melalui laluan hirisan 1mm kulit) menggunakan tenaga suhu rendah yang dihantar melalui “probe” yang diarahkan di bawah panduan ultrasound 'siaran langsung' ke nodul tiroid, menyebabkan kematian sel dan penyusutan benjolan. Penggunaan utama adalah untuk benjolan tiroid (lebih-lebih lagi jenis yang terjadi di kedua-dua belah kelenjar tiroid) yang kelihatan besar (mungkin atau mungkin tidak menyebabkan gejala mampatan) atau nodul hiperfungsi yang menyebabkan hipertiroidisme. Kaedah RFA paling bermanfaat untuk pesakit yang mempunyai benjolan bersaiz sederhana dikedua-dua belah bahagian thyroid dimana pembedahan pembuangan tiroid (total thyroidectomy) biasanya disyorkan dahulu sebelum teknologi RFA ini ditemui dan dipergunakan. Penggunaan dalam barah tiroid atau kes kelenjar limfa leher metastatik (“metastatic lymph node”, iaitu pembesaran kelenjar limfa sebab perebakan sel kanser dari organ lain) tidak digalakkan sebagai rawatan namun boleh dipertimbangkan secara khusus selepas perbincangan Apa kelebihan RADIOFREQUENCY ABLATION (RFA) benjolan tiroid ? Kelebihan RFA : Boleh dilakukan di bawah anestesia setempat (“local anesthesia”) , mengurangkan risiko anestesia am (“general anesthesia”) - mungkin pilihan yang lebih selamat terutamanya bagi pesakit dengan pelbagai penyakit perubatan yang terdedah kepada risiko pembedahan seperti diabetes, kegagalan jantung yang teruk Biasanya dilakukan sebagai prosedur jagaan harian (kemasukan wad untuk 6 jam) Kesan sampingan seperti kecederaan saraf pita suara yang jauh lebih rendah, dan tidak ada risiko hipokalsemia berbanding dengan pembedahan penyingkiran keseluruhan benjolan tersebut (“resection”) Boleh diulang beberapa bulan kemudian untuk kesan pengecutan tambahan (hanya jika perlu sahaja). Dapat mengecilkan nodul secara berkesan ke ukuran yang lebih kecil dan kurang jelas Tidak menghalang peluang untuk pembedahan reseksi di masa depan (jika pesakit akhirnya memerlukan / meminta reseksi nodul secara keseluruhan) Perlindungan disediakan untuk pemegang polisi insurans perubatan Mungkin lebih murah daripada pembedahan reseksi Apa kekurangan RADIOFREQUENCY ABLATION (RFA) benjolan tiroid ? Kekurangan RFA : Semua pembedahan tiroid mempunyai risiko pendarahan, kecederaan saraf pita suara, kecederaan struktur persekitaran walaupun untuk RFA, risiko ini adalah jauh lebih rendah Nodul tetap ada walaupun kecil maka RFA bukan penyingkiran nodul yang sebenarnya melainkan untuk mengecilkan nodul yang kelihatan besar atau untuk mengurangkan hiperfungsinya. Oleh itu tiroid yang terlalu besar atau yang mempunyai kesan penghimpitan mungkin bukan calon pesakit yang sesuai.
© Vincent Tan ENT Ultrasound-guided Fine-needle aspiration cytology (FNAC) of a thyroid gland mass (red arrow) Ultrasound-guidance showing the tip of the needle (red arrow) in the mass in question confirming accurate targeting Ultrasound-guidance showing the shaft of the needle (red arrow) in the mass in question confirming accurate targeting An ideal case for RFA : bilateral solid/amost solid thyroid nodule in the right lobe(left pic) and left lobe  (right pic)
INTERVENTIONAL thyroidology
APPOINTMENT:  +603-3377 7864 +6012-3760 728 VINCENT EAR, NOSE & THROAT, THYROID , HEAD AND NECK SURGERY SPECIALIST CLINIC  VINCENT
Ear, Nose and Throat (ENT), Thyroid, Head and Neck
Biopsy & Surgery Specialist Clinic
Committed to YOUR Well-being
Copyright Dr.Vincent Tan 2021